Friday 15 April 2011

pening kepala







Pening kepala…


Sape pening kepala, ini tulisan untuk orang yang pening kepala..
Pening kepala sebagai penghapus dosa2..
Dosa kepala yang banyak memikirkan tentang dunia dan melupakan akhirat…
Dosa kepala yang memikirkan tentang perempuan bukannya tuhan…
Dosa kepala yang memikirkan bagaimana untuk mendapat rezeki yang haram…
Dosa kepala yang memikirkan bagaimana untuk menipu orang …
Dan dosa2 lain yang amat banyak..


Firman Allah swt:

“Dan apa2 bencana yang menimpa kamu adalah disebabkan dosa2 yang dilakukan kamu. Sebenarnya Allah sudah memaafkan banyak kesalahan kamu.”
Ayat 30 : surah as-Syura

Kepala ini sepatutnya memikirkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah orang2 islam di tempat kita dan di seluruh dunia. Nabi saw bersabda:


من أصبح ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“ Sesiapa yang berada di waktu pagi dan dia mengambil berat tentang masalah org Islam maka dia bukan tergolong dikalangan orang Islam yg sempurna.”

Kepala ini sepatutnya memikirkan bagaimana untuk menyampaikan ajaran islam dengan lebih berkesan. Bukan hanya mementingkan diri sendiri dgn tidak berkongsi ilmu kepada orang lain.

Dan dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:

الدال على الخير كفاعله

“Sesiapa yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan, dia akan mendapat pahala seperti orang yang membuatnya.”
Hadis riwayat Muslim (No : 1893)

Kepala ini sepatutnya memikirkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah sahabat2 kita:

من مشى مع أخيه لقضاء حاجته خير له من أن يعتكف عشرين شهرا

“ Sesiapa yang berjalan  bersama dengan saudaranya untuk menunaikan permintaan saudaranya, menyelesaikan masalahnya atau membantunya lebih baik dari seseorang yang beriktikaf selama dua bulan.”
Hadis riwayat At-Thabrani

Kepala ini sepatutnya banyak sujud kepada Allah dan bukan banyak letak di tempat tidur…
Nabi saw bersabda:

عليك بكثرة السجود

“ Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud.”
Hadis sahih

Kepala ini pening kerana tidak menjaga anggota2 yang berada di bahagian kepala iaitu mata, telinga, hidung dan lidah, sedangkan Nabi saw bersabda:

أن تحفظ الرأس وما وعى

“Hendaklah kamu menjaga kepala dan anggota yang ada di kepala dari perkara yang dilarang.”

Ya Allah ya tuhan kami ampunkan dosa2 kami..
Jauhkanlah kami dari kemurkaanmu… Sekiranya ini adalah penghapus dosa2 mu kami redha dengan ketentuanmu.


No comments:

Post a Comment