Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia.
Tasm’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.
Kedua2nya membatalkan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab maliki berpendapat terbatal amalan tersebut. (syeikh Bajuri)
Firman Allah swt:
Maksudnya: “Maka celakalah bagi orang yang sembahyang. Iaitu orang yang melalaikan solat sehingga keluar waktu solat dan orang yang sembahyang dgn untuk menunjuk2 kepada orang lain.” (1-3 al-Ma’un)
Firman Allah swt:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang2 munafikin cuba untuk memperdaya Allah swt dan Allah membalas terhadap tipu daya mereka, mereka malas untuk menunaikan solat, mereka solat kerana untuk menunjukkan kepada orang lain dan hanya sedikit sahaja mengingati Allah. (142 : an-Nisa)
يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا
Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.” (Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)
من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به
Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya Allah akan membongkar perbuatan tersebut kepada manusia pada hari kiamat.” (Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang keranaMu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.
Allah berikan. Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerana Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMu .” Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari. Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.
Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezekinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau dapat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan keranaMu.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”
Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.
Tanda2 orang riya
Fudail bin ‘Iyad berkata:
“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelematkan kamu dari keduanya.”
Jenis riya’
Pertama: Riya Jali
Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.
Kedua : Riya’ khafi
Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahui amalannya. (Syekih Bajuri)
Fenomena riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian
- Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
- Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
- Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang2 makan banyak.
- Berasa seronok bila dipuji amalannya.
- Menceritakan amalannya kepada manusia.
- Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
- Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang2 baca laju kemain.
- Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah terok.
- Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
Rujukan: “Targhib wat Tarhib oleh al-Munziri, Hasyiah Bajuri ala Jauharatut Tauhid oleh Bajuri, Sofwatut tafasir oleh Sobuni, Sohih Bukhari dan lain2.